Aku bukan Superwoman

January 23, 2010

Bukanlah orang hebat-hebat

Hanyalah hamba biasa yang kebolehannya boleh dibilang dengan jari, berbanding insan lain yang kebolehannya terserlah dimana sahaja dia berada . Hanya insan yang sering tewas di perjalanan . Sama ada di jalan yang luas mahupun sempit . Sering dilintas pelari-pelari yang lain dalam perlumbaan merebut kasih dan cintaNya . Aku yang sering jatuh tersungkur, jauh terlanjur dengan noda-noda hitam yang semakin membusuk dan bernanah dalam seketul darah merah bernama; hati . Aku yang sering tersalah dan sukar membaiki kesalahan serta konsisten dengan perubahan . Aku yang sedang gila-gila memikirkan keadaan yang masih berpanjangan . Aku yang ini dan aku yang itu . Penat,kalut, dan kecewa . Jauhlah dari lubuk hatiku wahai putus asa . Pergilah dari hidupku wahai dunia dusta .

Orang lain mampu berubah, mengapa aku tidak?

Aku bukanlah orang hebat-hebat . Kalau orang lain mampu bersuara, aku hanya mampu menaip dan menulis . Aku tak mampu mencorakkan diri sebagai qudwah hasanah . Orang lain mungkin tak memahami, kerana yang berada di jalan itu adalah aku, bukannya kamu . Aku . Kamu . Muzik . Berbagai irama . Muzik kamu berdendang merdu, mungkin satu dua tersalah tonnya. Tapi muzikku langsung tak berbunyi . Muzikku hanyalah sepi . Iramaku hanya pada hati . Aku tak mampu berdiri lagi . Tak mampu berdiri sebagai seorang muslimah sejati kesana kemari berdakwah tak henti-henti…

“Balligh ‘anni walau aayah”

“Sampai dariku walau satu ayat”

Aku yang sering berkata dengan kalimah tak mampu . Bila pula kalimah itu mahu berlawanan menjadi mampu . Jangan hanya menanti, tapi belayarlah dan cari! Aku yang sedang mahu  melangkah kembali…

p/s: Kerja sekolah yang bertimbun dan menidurkan mata pagi buta . Allah, tsabbit qolbi ‘ala deenika~


Selamat tinggal…

January 12, 2010

“tuntutlah ilmu hingga ke negeri China”

Ok, kepada para pembaca blog ini(ahaha, macamlah ade orang bace? :) ) Jumpa lain kali lah yek?

Assalamualaikum WordPress….Ma3as Salaamah !


Jangan ada sebarang ragu

January 12, 2010

 

“Sayang abi tak?”

Gurlp! Soalan subjektif taraf Universiti ke nih? Oh, tak…tak . Ini soalan cepumas . Keliru jugak masa nak jawab . Hati kata sayang, tapi malu nak cakap sayang sebab fikir-fikir balik, berapa banyak sangat perkara yang dah aku sumbangkan untuk kedua orang tua . Oh, tapi saya nak cakap jugak yang saya sayang mereka…sayang sangat walaupun banyak tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan oleh seorang anak, masih tidak saya penuhi . Saya akan cuba . haha,lafaz yang tersimpan . Alamak ai, sedeylah lagu nih!

Ummi, Abi….aku sayang kalian!!!! Sayang sangat-sangat….Percayalah, Anyah sayang abi ngan ummi…

 

Apasal sedih2 ni?Ok3,siap untuk ke sekolah . Wassalam .


SENYUM!!! Walau tak semanis kurma

January 11, 2010

 

Senyum!!! Bukankah itu yang selalu diseru oleh cameraman atau camerawoman dan bukan paparazi apabila mereka ingin snap gambar . Jadi, tunggu apa lagi? Senyum! Walau hanyalah lakonan sementara…opsi, nanti terbongkar juga kan? Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua . Ehm,cepat-cepat! Senyum!!! Walaupun senyuman tak semanis kurma dan sehangat airmata . Sekali lagi…sekali lagi! Senyum!!! Ujian datang bertalu-talu itu menguji keimanan . Reda dengan Allah, Allah reda dengan kita . Owh, terlupa plak  ‘dunia sementara,sandiwara semata . Kembali padaNya, akhirat disisinya’~hehe, menyanyilah pulak! Opsi, apa yang aku merepek ni??? Owh, bosan rupanya…patutlah cakap sorang-sorang! Hehe…Satu kali lagi! SENYUM!!! :) ‘keciiiiiiiik’-wah ada flash la…

:) :) :) :) :)


Sanah Helwah, ya Akhi Kabir!!!

January 10, 2010

Sanah Helwah,ya jameel!  Jameel????

Dak2! Tak jameel pun?

Waseem je!!! :) hehehe…

20 Tahun dah?

Ahahaha! Dah besaq panjang dah anak Ummi…mesti Ummi cakap camtuh . Hehe :) Sorylah yek… kiteorang tak tau nak kasi hadiah ape . Tapi nantikan sahaja dalam blog nih(kalu Abg Bur bacelah…), hadiah tu je yang mampu kiteorang kasik . Jangan lupe bawak balik stokin …..harharhar :D (dalam banyak2 barang, stokin yang aku kirim?) . Nanti Anyah masuk TAHAP, ikut Muaz . Abg Bur doa yep? Doa supaya Anyah dapat result cam Abg Bur especially SEJARAH!

Ok, dah tak tahu nak cakap ape . Kami doakan agar Abg Bur dapat suaikan diri dan tsabat dengan perjuangan atas jalan ini .Kiteorang ade masak spagetti(betul ke eja camnih?) ni, mintak maaplah…tak dapat nak hulur-hulur kat sana dah . Sume cam ikan piranna je…hehe :)

nota tekan: sory bebanyak Abg Bur . Ayat-ayat dalam nih jiwang-jiwang je sumeh…hehe :) sedang memperbaiki .

Salam Rindu dari bumi Malaya .

Salam Satu Malaysia!

:)


@l-MuntoL@Q

January 9, 2010

Beberapa hari lagi akan bertolak ke Jerantut, ikut jejak tapak tayar kereta ketika menghantar  Muaz . SMKA TAHAP…huh~masih tak mampu menghilangkan rasa rindu pada sekolah kedua-SMI al-Irsyad . Sabar-sabar, panjang umur ada rezeki, Selasa ni kita ke Irsyad . Owh, Cik Pijah tempah tiket lambat sangatlah, kan dah habis . Cik Pijah naik motor Cik Pijah jela ye? Saya pun kena pergi naik van Muallimah Norhayati Ahmad Salleh :D (Mak sape eh? Hehe…) Tiket yang saya beli tu dah habis tarikh luput . Erm, dan satu lagi, janga lupa bawa kamera . Hehe :) Kita snap manyak-manyak erk? :8

Ada apa dengan Sains?

Sains mula menarik minat saya ketika berumur lingkungan 13 or 14 tahun . Agak baru dan pastinya masih banyak lagi perkara yang perlu saya tahu . Sains juga pernah menjadi matapelajaran yang membengangkan ketika mengambil result UPSR suatu masa dahulu . Ah, lupakan saja…’Berjalan biar ke hadapan, bukan ke belakang’-iklan Petronas . Minat itu mencurah-curah ketika mula berkenalan dengan buku Harun Yahya . Dan pencetus kepada ‘penyukaan’ saya terhadap buku-buku seperti itu adalah buku ‘HAMAS-Dari underground kepada parti pemerintah’ yang dibawa balik Abang Bur :) dan dihilangkan oleh seorang budak yang membacanya iaitu sayalah! Hehe, sory erk?

Walaupun tidaklah dari kulit ke kulit pembacaan buku tersebut, namun cukup membuatkan saya teruja dengan Sains .

‘Muallimah, ana sebenarnya minat Sains, tapi ana tak tahulah kenapa ana tak boleh dapat A’

‘Takpe-takpe, insyaAllah cube lagi .’

Terima Kasih Muallimah Norasyikin dan Muallimah  Azrita! Juga Muallimah-muallimah lain…jasamu akan kukenang selamanya . Matapelajaran Tauhid yang diajar oleh Muallimah Norhayati, menggunakan buku yang dikarang oleh Abdul Majid Aziz Az-Zindani juga makin-makin menaikkan semangat apabila disertakan dengan bukti-bukti kebenaran Islam pada ciptaan alam . Jadi, saya mem’promote’ agar para pembaca membaca buku tersebut . Jika kita menghayatinya, pasti meleleh melebihi air mata ketika memca novel cinta! Mukaddimah buku ini memberitahu kepada kita supaya menjadi orang yang ‘ulul albab’=orang-orang yang berakal;

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah ) bagi mereka yang berakal. (Iaitu mereka yang menyebut dan mengingati Allah semasa berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata):”Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka”

 

Saintis???

Abi hanya terdiam .

‘Anyah boleh tahan ke duduk dalam lab je?’

‘Erm, insyaAllah, kalu depan komputer boleh… :)

Terdiam lagi…Saya bersuara lagi;

‘Ank-anak abi jadilah apa-apa pun…’

Abi tersengih dan mengulang kembali kata-katanya yang diajuk saya tadi;

‘Anak-anak abi jadilah apa-apapun, asalkan…? ‘

Kami adik-beradik menjawab;

‘Daa3iyatun! ilaLLAH…’

Tapi yang menjadi persoalan saya, bagaimana keadaannya nanti dengan gerakan dakwah saya? Bagaimana dengan baitul muslim? Bagaimana saya dapat meluangkan masa dengan keluarga dan masyarakat saya? Bagaimana dan bagaimana? Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya .

Herm~teringat ayat ‘wa ja~a min aqshol madeenati rajulun yas3a qoola ya qaumit tabi3ul mursaluun’ (Surah Yasin).

 Ayat yang amat memberi kesan . Meski hanya orang dari hujung kampung, tapi dia dikira sebagai da3i walau dengan hanya mengajak orang mengikut rasul-rasul . Cuba baca buku al-Muntolaq, mungkin anda akan memahami .

Nota tekan: Takut lah~first time! Huhu…Kuat2! Niat kena taruk awal-awal . Mesti tulus, Allah akan jaga orang yang jaga agama Dia .


Tunduk mata,redup hati

January 8, 2010

Dari mata turun ke hati . Pandangan mata juga merupakan panah syaitan . Pandangan pertama rezeki . Pandangan kedua mengundang durja . Lihat indahnya perawakan manusia, hubungkan hati dan akal . Subhaanallah! Dia Maha Membentuk Rupa . Tunduk mata tak bererti menundukkan kepala . Tapi jika tak mampu menundukkan mata dengan menundukkan kepala, rasanya  lebih baik tundukkan sahaja kepala . Subhaanallah! Indahnya ciptaanNya . Pasti Dia lagi indah . “Innallaha jameel yuhibbuul jamal”

Jagalah pandanganmu

Tatkala bertembung dua pasang mata, berlainan jantina, maka keduanya dalam bahaya jika tidak segera dicuci dengan kalimah istighfar . Kerana ia adalah panahan syaitan, jaga-jaga mampu merosakkan hati dan perasaanmu . Juga jagalah mata dari memandang perkara yang melaghokan seperti hiburan yang berlebihan dan tidak membari manfaat serta menambahkan dosa . Mata, pinjaman yang amat berharga . Tujuannya agar manusia melihat ciptaanNya dan berfikir kemudian akhir sekali ia kembali kepada Tuhannya .

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah ) bagi mereka yang berakal. (Iaitu mereka yang menyebut dan mengingati Allah semasa berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata):”Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka”

nota tekan: Huhu~Rindu Irsyad! Okeyh, InsyaAllah kita pegi lawat Selasa ni .Isnin amik sijil berenti . Sape nak ikot, inform cepat . Nak tempah tiket kapal terbang…hehe :)


Abi ajar fikrah, Ummi ajak dakwah

January 7, 2010

Abi…

Setiap titis peluh yang terpercik disulami dengan kata-kata motivasi . Setiap kali bibir bergerak, tiada kalimah sia-sia walau hanya gurau senda . Pasti ada isi di sebaliknya . Samada dikonlusikan mahupun diterang satu persatu . Abi kata fikrah itu penting . Allah bagi akal suruh berfikir . Takkan Allah letakkan suatu hukum tanpa menilai kemampuan hambaNya . Oleh itu, Dia menciptakan akal; yakni nikmat yang tiada pada makhluk lain supaya kita berfikir himah di sebalik setiap aturanNya .

Ummi…

Tak jemu-jemu suruh sebarkan yang termampu . Kata Ummi, dakwah bukan sekadar diluar . Dakwah dalam rumah juga merupakan satu cabang dakwah…’baitul muslim’ . Islam berkembang berperingkat . Daripada ’sirr’-rahsia hingga pengisytiharan Bukit Safa . Tangga pertama individu muslim…kemudian baitul muslim,masyarakat muslim,negara dan akhirnya membentuk Ummah yang benar-benar menyerah pada Allah . Kak Izza pernah cakap, usrah ni macam washer machine . Baju kalau tak basuh dia akan busuk dan kotor . Jadi perlulah kita basuhnya . Begitu juga dengan hati . Jika kita tak basuh dengan muhasabah atau mana-mana aktiviti yang mampu mengingatkan kita epada fitrah sebenar seperti usrah, dia akan membusuk dan tiada siapa yang menyukai terutama sekali Dia .

Abi dan Ummi didik agar…

Menjadi seorang yang tabah dan sabar . Sabar itu sebahagian daripada iman . Islam tak akan sampai kepada kita jika Nabi s.a.w dan para pejuang Islam tidak sabar menyampaikannya . Tapi lihatlah, Alhamdulillah kita dapat kenal siapa Pencipta kita dengan sifat penyabar para pejuang. Anyah akan cuba yang terbaik! Terus mencuba! InsyaAllah…

Nota kaki: Allahuakbar! Chemistry yang agak memecahkan ais-ais dalam otak. Biology yang menyeronokan dan Mathematic yang menghiburkan. Owh, Sejarah…kamu jangan merajuk . Nanti saya belek awak ye? Sabar…sabar . Tapi Quran lagi hebat…mampu memecahkan ego dan sombong,menyeronokkan dan menghiburkan juga melelehkan air mata. Terima kasih Allah…Ighfir dzunuubi . Allahumma solli ‘ala Muhammad.

 


Aku tak mahu putus asa!

January 7, 2010
Bukan Niatku
Album : Koleksi Nasyid Indie Vol. 1 – Nasyeed Underground
Munsyid : Devotees

http://liriknasyid.com

Berjanji ku
Disuatu ketika
Bahwa aku takkan menduakanMu
Dan aku takkan biar sesiapa
Cuba memalingku dari jalan bahgia
Ooo…

Ternyatalah perjalanan ini
Tidak semudah yang ku tafsirkan
Jalannya berliku
Turunnya berliku
Jika tersilap langkah
Menyesal sesal selamanya

Kasih andai cinta yg kusemai
Rapuh menanti ditewas dugaan
Maafkan aku
Kiranya tak tertanggung
Segala harapan yang diberikan
Maafkan aku
Yang tiada berdaya
Kerna bukan niatku untuk melakukannya

Kasih andai cinta yg kusemai
Rapuh menanti ditewas dugaan
Maafkan aku
Kiranya tak tertanggung
Segala harapan yang diberikan
Mungkinkan ada pengampunan dariMu
Kembalikan fitrah kehambaanku
Hinanya aku
Merayu kepadaMu
Setelah kering dosa yang kulakukan
Maafkan aku
Yang tiada berdaya
Kerna bukan niatku untuk melakukannya

 

Aku jadi malu . Tertanya-tanya, masih dosa yang sama? Terpinga-pinga, dimana arah tuju sebenar? Aku jadi malu . Malu pada dunia, malu pada harta, malu pada manusia, malu…malu pada hati dan malu pada Dia. ‘Aku insan lemah’, sering menjadi alasan . Apakah aku tidak boleh mengubah kelemahan itu menjadi satu kelebihan ? Aku malu pada dunia, harta dan manusia…kerana aku tahu ia sementara tapi aku sering mengambilnya melebihi kadaran sepatutnya . Aku malu pada Dia yang telah menciptakan hati dan akal untuk berfikir mengenai segala yang ada didunia; penciptaan langit dan bumi yang terselit dan membuktikan Maha Kuasanya Dia . Tapi apa yang aku lakukan? Hanya sekadar mengetahui tanpa amalan…adakah berkesan . ilmu tanpa amal, ibarat pokok yang tiada berbuah . Ilmu tanpa amal tidak mampu mencambahkan reranting keimanan . Berhentilah dari segala yang melaghokan…tidak mampu sepenuhya, tidak mengapa tapi cubalah dan jangan cepat mengalah . Terkekek-kekek sang syaitan bergelak ketawa yang menyangka kau sudah putus asa . Siapa kata aku putus asa? Siapa? Aku akan terus mencuba mencari dan mencari , aku tak mahu berhenti sehinggalah ditakdirkan nafas sudah tiada berhembus lagi . Ajal maut di tanganMu . Maka bantulah aku, Ya Tuhanku . Kuatkan aku .

nota tampal: Sibuk dengan pelajaran . InsyaAllah akan ke TAHAP….amin .


Awak pernah bercinta?

January 4, 2010

Andai sahaja pertanyaan itu ditanyakan kepada anda, apakah jawapan yang anda akan berikan?

Sama ada “tak” atau “pernah” atau “entahlah” atau ” erk, kenapa awak tanya macam tu?” atau yang jahat banyak sikit “kau sibuk ape?” :)

Yang pasti jika pertanyaan itu ditanya kepada saya, saya akan melakukan beberapa perkara . Samada berkata “tak” atau tergelak dan tanya “maksud awak?” atau buat-buat tak dengar dan cari satu topik baru yang tak ada kena mengena dengan perkara tersebut . Tak pernah? Betul ke ni??? Erm, betul kot…tak pernah . Bagi saya cinta itu memang suatu perasaan yang suci dan perlu disandarkan pada perkara yang benar-benar suci seperti cintakan kebaikan, cintakan  makhluk di dunia mengikut syarak dan yang penting sekali cinta akan diri sendiri kerana apabila ada perasaan itu, kita akan mudah mendekati kepada 3 persoalan iaitu “siapa kita?”, “mengapa kita dijadikan?”, dan “kemana tempat kembali?” .Kemudian dari situ akan tumbuhlah perasaan cinta pada Sang Pemilik Cinta .

Jangan bertanya kepada saya adakah saya pernah mencintai seseorang atau tidak kerana saya hanya akan tergelak jika ditanya sebegitu . Mungkin terimbau pada zaman muda-muda dahulu…melucukan :) Dan saya tak nafikan perasaan suka itu pasti pernah mencuit hati setiap insan walau hanya dengan cuitan yang memang slow sangat-sangatlah . Jangan tipu saya….kerana sememangnya itulah fitrah manusia . Bergantung kepada kekuatan iman seseorang untuk menepis perasaan itu daripada mengganggu fikiran dan ibadah . Walau bagaimanapun, saya rasa ada baiknya jika kita merahsiakan perasaan itu dan bicarakan hanya pada Dia dan minta Dia beri petunjuk apakah perkara terbaik yang perlu dilakukan . Jangan lupa bahawa orang yang suka pada seseorang tapi ia merahsiakannya jika dia mati, dia termasuk dalam kalangan orang yang syahid….maaf, saya tak ingat apa hadis dia .

p/s:uargh! bagaimana sih? asal bangun tidoq balik…asal bangun tidoq balik . Buat taik betul mata nih!